Resipi Kuih Semperit Coklat

2:38:00 PM

Resipi Kuih Semperit Coklat. Assalamualaikum , kepada anda yang suka makan biskut semperit coklat tetapi tidak tahu cara untuk membuat adunannya di sini saya kongikan khas untuk anda Resipi Semperit Coklat yang diminati ramai. Biskut Semperit adalah salah satu biskut tradisional yang kekal popular sehingga ke hari ini.

Dengan zaman berganti zaman pelbagai inovasi telah berlaku sampaikan terjadinya satu resipi kuih semperit coklat ini berlaku di atas usaha-usaha para pencinta biskut semperit ini sendiri dengan inovasi memasukkan koko di dalam adunan . Kuih semperit menjadi lebih popular setiap kali hari raya mesti ada biskut semperit di setiap rumah.

Resipi Biskut Semperit Coklat
Resipi Kuih Semperit Coklat

Resipi Semperit Coklat

  • Bahan-Bahan
  • 500g tepung jagung
  • 150g tepung gandum
  • 4 biji kuning telur
  • 350g mentega
  • 250g gula kastor (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 50g gula aising
  • 25g serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • coklat urai (chocolate rice)


Cara Membuat Biskut Semperit Coklat

1) Putarkan gula dan mentega sehingga kelihatan gebu gebas. Selepas itu, masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil terus memutar.

2) Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko. Tambahkan juga esen vanilla. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.

3) Masukkan doh ke dalam acuan semperit. Tekan di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Hiaskan dengan sedikit coklat urai.

4) Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celsius. Siap.


Jom dapatkan Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Style Negeri Sembilan dan Resipi Nasi Ayam Asli secara percuma.

You Might Also Like

0 comments