Resepi Sambal Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

5:48:00 AM

Resepi Sambal Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah | Assalamualaikum dan salam sejahtera, makanan ini bukan sahaja boleh didapati di Malaysia tetapi di seluruh negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei. Dengan cara masakan yang simple tetapi sangat sedap membuatkan Nasi Lemak Sedap dimakan.
Sejarah Nasi Lemak Malaysia, merupakan makanan tradisi bagi Orang Melayu di Malaysia. Istilah Nasi lemak adalah merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Selain itu, boleh gunakan daun pandan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya lebih wangi. ( Kredit - Sejarah Nasi Lemak )

Resepi Sambal Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Nasi Lemak sesuai dihidang pada setiap waktu pagi , petang mahupun malam kerana ia makanan kegemaran Rakyat Malaysia dan cara penyediannya simple, ringkas dan senang dan tak rumit.

Bahan Untuk Nasi

·                     3 cawan beras
·                     3 hiris halia
·                     3 ulas bawang merah - hiris
·                     1 cawan santan
·                     3 cawan air - boleh tambah jika atau dikurangi bila diperlukan
·                     1 helai daun pandan
·                     secubit garam
·                     1 batang serai - dititik
·                     2 helai daun pandan

Cara Buat Nasi Lemak 

1. Basuh beras dengan air sehingga bersih selepas itu toskan hingga hilang airnya. 

2. Siapkan perikut dan pijarkan minyak kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi. 

3. Masukan air dan santan kemudian masak sehingga mendidih. tambah garam dan kacau rata. 

4. tuangkan beras yang sudah kita toskan tadi ke dalam periuk nasi. kemudian kita tuangkan juga santan yang sudah kita masak tadi dan masak nasi seperti biasa. 

5. bila dah masak kacau nasi menggunakan shopsyik agar beras tak patah. 

Bahan Untuk Sambal

·                     6 sudu besar chili giling
·                     1 biji bawang besar - hiris
·                     1 biji bawang tumbuk - hiris
·                     3 biji bawang merah
·                     2 ulas bawang putih - ditumbuk
·                     2 biji bawang besar - ditumbuk
·                     sedikit air asam jawa
·                     segenggam ikan bilis ( sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)
·                     sedikit gula, garam, dan perasa


Cara Buat Sambal
Resepi Sambal Nasi Lemak Power
Sambal Nasi Lemak Pedas

1. Tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. kemudian masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.

2. Bila sudah mendidih masukan ikan bilis yang sudah kita goreng tadi dan sesuaikan rasa. bila ingin agar resepi nasi lemak terlihat cantik bonda boleh menambahkan bahan sampingan lain seperti terlur, timun, dan kacang tanah. sekian resepi nasi lemak sedap yang saya kongsikan semoga resepi ini bermanfaat.

Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup
 Ayam berempah sesuai untuk dihidangkan bersama Nasi Lemak kerana rasanya yang sedap dan ranggup dimakan bersama Sambal Nasi Lemak boleh menaikkan selera makan seseorang. Bahan-bahan:


·                     1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
·                     5 ulas bawang putih
·                     2 biji bawang besar
·                     1 inci kunyit hidup
·                     1 inci halia
·                     5 batang serai
·                     1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)
=>Boleh ditumbuk atau dikisar kering
·                     1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
·                     1 sudu besar serbuk cili
·                     1 sudu teh serbuk kunyit
·                     3 sudu besar tepung jagung
·                     1 biji telur
·                     1 tangkai daun kari
·                     Garam
·                     Minyak untuk menggoreng.


Cara cara:
 Ayam yang telah bersih perlu diperap bersama bahan-bahan yang telah dikisar/ditumbuk bersama daun kasi selama 30minit selepas itu boleh digoreng di dalam minyak panas.Resepi Sambal Nasi

Resepi Sambal Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah | KuasaiSeo | Google |Resipi . Anda boleh dapatkan Resipi Nasi Ayam Asli dan Resipi Rendang Tok Ayam dan Daging beserta Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Style Negeri Sembilan .


You Might Also Like

0 comments