Cara Mengurangkan Kegatalan Pada Kemaluan Wanita

9:34:00 PM

Cara Mengurangkan Kegatalan pada kemaluan wanita. Ramai wanita rasa malu untuk berjumpa dengan doktor apabila mengalami masalah pada kemaluan atau faraj (vagina / Miss V) . Keadaan seperti rasa keluar lendir , gatal, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau ia bukanlah perkara biasa yang dialami dan anda seharusnya perlu mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan.

Tetapi  ramai wanita yang  menganggap perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid.Selain itu, keadaan ini dapat  menjejaskan kualiti kehidupan termasuklah aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar kerana rasa kurang selesa.

Cara Mengurangkan Kegatal Pada Kemaluan Wanita
 Kegatal Pada Kemaluan Wanita


Masalah jangkitan dan kegatalan pada faraj sering kali berlaku kepada wanita tanpa mengira usia dan latar belakang mereka dan termasuklah mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Walaubagaimanapun pada masa kini masih ramai wanita yang kurang ambil berat  tentang punca sebenar gejala masalah ini dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Infeksi

 Selain itu, punca lain yang menyebabkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi oleh cik / puan. Antaranya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis) ia adalah suatu infeksi parasit yang sering kali menyerang anak-anak kecil, ini kerana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. Antara kesan daripada cacing tersebut adalah ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (kebiasaanya penyebab rasa gatal yang sering dirasa pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana).Rasa kegatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru).

Cara untuk menyembuhkan Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan  melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Selain itu,seluruh anggota keluarga yang tinggal dalam satu rumah mesti mengambil ubat tersebut ini kerana infeksi ini dapat terjadi berulang kali dan boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Cara mengatasim  rasa gatal, boleh dioleskan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus sebanyak dua hingga tiga kali/hari.

Kudis buta

Antara penyakit lain yang boleh menyebabkan rasa  gatal pada luar faraj adalah satu penyakit scabies atau lebih dikenali juga sebagai kudis buta. Penyakit  Scabies adalah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini boleh disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang akan terlibat adalah kulit ini kerana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan akan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris) seperti telur dan najis hama ini. Keadaan ini akan menyebabkan tindakbalas yang agak serius seperti alergi akan berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam.

Rawatan

Cara untuk memberi rawatan adalah dengan memberi ubat sapu bagi membunuh scabies dewasa, larva dan telur pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) pesakit .Krim ini perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci.

Perkara penting adalah merawat semua anggota keluarga yang tinggal serumah untuk mengelakkan daripada jangkitan ini  berulang.Antara benda yang wajib dibersihkan  adalah seperti Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang selalu dipakai harus dicuci dan direndam dalam air panas mendidih atau dengan menggunakan detto untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Untuk pengetahuan para wanita di luar sana. Sila jaga kebersihan kemaluan anda dengan membersihkan menggunakan air bersih dan dengan cara  pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan yang dibuat mengunakan fabrik seperti bahan kain kapas. Tolong hindarkan pemakaian bahan kimia seperti sabun, pengharum pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen. Usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat perawatan. Berjumpalah dengan doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan.

Cara Mengurangkan Kegatalan Pada Kemaluan Wanita | KuasaiSeo | Google | Tip Wanita @
kegatalan pada kemaluan,kegatalan pada kemaluan lelaki,punca kegatalan pada kemaluan,penyebab gatal pada kemaluan wanita,obat gatal pada kemaluan wanita,cara menghilangkan gatal pada kemaluan wanita,gatal pada kemaluan wanita selepas bersalin,penyebab gatal pada kemaluan wanita saat hamil

You Might Also Like

0 comments