Sinopsis Hello Mr Perfect
4:22:00 AM
Assalamualaikum semua , di sini saya ingin kongsikan Sinopsis Hello Mr Perfect saya tahu sudah masuk drama bersiri Hello Mr Perfect sudah sampai episode 20 . Saya di sini hanya ingin berkongsi sinopsis sahaja so kepada anda yang tidak tahu lagi sinopsis Hello Mr Pefect boleh baca kat bawah.
Fattah Amin |
Sinopsis Hello, Mr Perfect
Novel Hello Mr Perfect |
Hello, Mr Perfect mengisahkan
seorang lelaki iaitu Muhammad Arif Fikri dengan seorang wanita iaitu Ainul Mardhiah mereka saling
mencintai satu sama lain dan telah merancang untuk berkahwin tetapi disebabkan
oleh terikat dengan peraturan
langkah bendul yang telah ditetapkan oleh keluarga Muhammad Arif Fikri telah memaksa Arif mencari jalan
penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin.
Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama
enam bulan untuknya membuat keputusan.
Nur Ruhainies |
Alongnya, Muhammad Izzul
Islam oleh kerana terlalu mengejar kesempurnaan dalam aspek pasangan dek
kerana wajahnya kacak, tinggi dan telah
menjadi tarikan ramai.Tetapi dia terlalu cerewet dan sangat pentingkan aspek pasangan yang juga sempurna sepertinya.
Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang
dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
Arif tiada pilihan lain
selain mendapatkan calon isteri yang sesuai
untuk Izzul. Bukan itu saja Imbuhan turut diberikan sebanyak RM500,000
sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana
yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan Along memaksa Alya untuk
menawarkan diri. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau
mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya
dialah calon yang terakhir?
0 comments